Monday, September 19, 2011

Ayam Penyet versi buat kat umah...

Salam...
nak kongsi my menu ujung minggu aritu..ayam penyet..:)Balik dari open house umah Intan, singgah Jusco beli terung, nak tambah lauk to my ayam penyet..Ayam dari malam tu dah perap, so tinggal nak goreng and buat sambal jek..malam tu makan beria haha sebab biasa makan kat kedai, this time makan kat umah and boleh ratah ayam sesuka ati..panggil my sister sekali datang umah, the more the merrier kan..nway, sangat happy jumpa membe kat U dulu, and sangat takjub tengok Hud yang terover slim padahal dah ada anak dua..sob..sob..pasni kena mintak tips dari dia camana nak jadi slim huhu..


Ayam Penyet with tauhu and tempe goreng - resepi amek dari tenet 






Bahan-bahan                                                 Sambal
1 ekor ayam, dipotong 4                      10 biji cili merah
2 biji tauhu dibelah serong                    10 biji cili padi
sekeping tempe dipotong kecil              3 ulas bawang putih
1/2 sudu besar jintan manis                  5 biji tomato sederhana besar
1/2 sudu besar jintan putih                   5cm belacan (atau guna 2 sudu udang kering)
3 sudu besar ketumbar                        2 sudu ikan bilis
1 sudu besar serbuk kari ayam              gula merah secukup rasa
1 sudu besar serbuk kunyit                   garam secukup rasa
1/2 sudu besar serbuk lada putih                 
3 ulas bawang putih                                    
1cm halia
1 sudu kecil garam
sedikit tepung beras


Cara-cara
Rebuskan ayam dengan 4 cawan air sehingga ayam separa masak. Toskan ayam dan biarkan sejuk. Air rebusan ayam jangan dibuang, boleh diambil untuk dibuat sup kosong. 
Goreng jintan manis, jintan putih dan ketumbar tanpa minyak hingga terbit sedikit aroma. Kemudian kisar bahan goreng tadi bersama serbuk kari, kunyit, halia, serbuk lada putih, garam dan bawang putih dengan sedikit air. Kisar sehingga semua bahan-bahan menjadi halus. Perapkan ayam yang telah ditos dan disejukkan tadi dengan bahan-bahan kisar tersebut selama satu malam. Perapkan juga tempe dan tauhu dengan bahan kisar sebelum digoreng. Setelah diperap, golekkan ayam, tauhu dan tempe ke atas tepung beras kemudian goreng di dalam minyak yang panas sehingga masak garing. Ayam yang telah digoreng diketuk/dipenyek sedikit menggunakan lesung batu sebelum dihidangkan.
Untuk sambal pula, goreng ikan bilis dengan sedikit minyak hingga garing. Kemudian goreng belacan/udang kering dan ketepikan. Potong bawang putih, cili merah, cili padi dan tomato kemudian goreng sehingga layu. 
Sejukkan kesemua bahan goreng tadi seketika kemudian dikisar kasar atau ditumbuk. Masukkan kembali bahan yang dikisar/ditumbuk tadi ke dalam periuk dan panaskan. Masukkan gula merah dan garam secukup rasa. Hidang ayam penyet, tauhu, tempe dan sambal dengan nasi panas beserta kuah sup kosong.


Untuk tambahan sayur2, saya buatkan terung goreng balado..Sangat best makan dengan ayam penyet..


Terung Goreng Balado






Bahan- bahan
3 biji terung kecil, dibelah dan dipotong dua
3 sudu besar udang kering, direndam dan ditumbuk 
3 ulas bawang merah, ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
3 sudu besar cili kering kisar
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara
Panaskan minyak dan goreng terung sehingga layu(atau kulit terung berubah warna) kemudian ketepikan dan susun didalam pinggan.
Untuk sambal terung, goreng cili kisar sehingga pecah minyak, kemudian masukkan kesemua bahan tumbuk dan tumis sehingga naik bau. Masukkan gula dan garam secukup rasa. tuangkan sambal ke atas terung dan hidangkan.

Thursday, April 21, 2011

Note For Today : Sila Alert Dgn Anak Anda!!!

morninggggg.....
lama tak hapdet blog nih...
sibuk dengan blog baru hehehe..so come visit our shop..
hmm..nak share satu pengalaman..semalam, bawak Aqeef pegi jalan2 kat Jusco Wangsa Maju @Alpha Angel..memandangkan baru redeem baucer jusco from maybank credit card, so semangat laa nak shopping barang2 dapur..Macam biasa, Aqeef letak kt stroller memandangkan abah dia dah naik kapal, so takde orang larat nak dukung dia lama2. My maid plak dok tolak troli barang.
Pas beli barang, lepak2 sekejap kat tengah2 hall jusco tu..biasa mmg camtu, kitorang just duduk and biarkan Aqeef jenjalan sendiri..bagi dia free ke mana2..
Pas mkn, trus balik. Aqeef plak bila letak kat stroller balik terus dia mengamok2..nak jalan sendiri..malu sebab orang dok tengok dia bertempik, so saya bg cadangan kat maid suh letak barang2 kat stroller dia and saya pegang Aqeef. So tak payah laa pakai troli, nanti sapa nk tolak plak..
So kitorang just amek escalator..stroller kena sengetkan bila naik escalator..naik tingkat atas dekat parking, my maid dah jerit2 bagitau ada barang jatuh kat escalator. So saya yang tengah dukung Aqeef ni sampai je kat atas terus letak Aqeef then tolong amek barang2 yang jatuh..
Sekejap je pon i letak Aqeef, sekelip mata bila pandang belakang tengok dia dah lari ke pintu keluar...saya jerit la panggil nama. Dia plak dengar saya jerit lagi laju dia lari ..Say pon lari la jugak nak kejar dia, tetiba tau2 dengar bunyi brek kereta then yang saya sempat buat is sentap tangan dia. Kerete tu terbabas ke tepi, Aqeef plak terjatuh sebab bahu dia kena langgar sikit.
Subhanallah...tak tau camana perasaan, yang saya tau gelap sekejap pandangan mata time tu..terkejut sangat..nasib sempat rentap tangan dia, takde laa dia terjatuh bawah tayar kerete tu..
Abang driver tu keluar and bebel2 pasal saya abaikan anak..biar lari sesuka hati..dia siap cakap, 'saya marah bukan pasal terbabas ke apa, saya tak kisah, bersyukur lagi sebab tak rempuh anak awak..yang saya nak marah sangat sebab sikap awak yang abaikan anak..budak kecik lagi nape awak boleh lepas sesuka hati?'
Sepatah pon saya tak menjawab..air mata bergenang jek..terkejut sungguh..tak tau laa camana perasaan kalau jadi pape kt Aqeef masa tu. Dahlaa depan mata saya sendiri, abah dia plak baru jek naik kapal..Syukur pada tuhan..
So semalam Aqeef pon tido mengigau la jugak, dia pon terkejut agaknya..bahu dia ada la calar2 sikit..pagi tadi saya tengok dia macam biasa, so fikir tak payah bawak dia check up...
Hmm..tak tau nak gambarkan camana perasaan..pasni saya decide nak beli baby harness..mungkin orang akan pandang serong tapi bagi saya tak apa laa..langkah pencegahan..bukan nak aniaya anak ke apa.
Peringatan laa buat ibu2 yang ada anak suka lari2 macam Aqeef..Alert laa dengan anak kita..pegang dia 24/7, jangan la lepas tangan dia..maybe ada yang cakap pengalaman saya lalui semalam tu biasa, tapi bagi saya sangat2 besar..tak sanggup lagi nak menghadapi saat2 macam tu dan merasai perasaan macam semalam..biarlaa lepas ni saya akan usaha untuk dukung dia kalau dekat kawasan parking or dekat jalan..
takpon suh maid saya ikut dia ke mana2 hahaha..obses ke saya nih??

Thursday, March 24, 2011

Cuppy Cake

Tetiba semenjak dua menjak nih eksaited nak baking. dengan semangat waja sanggup amek cuti sebab nak beli barang2 wat cake hehehe..
For sape2 yang ada niat or minat tapi tak reti macam den nih, jangan takut untuk mencuba hokeh hahaha..memang hasil agak kurang membanggakan memula tapi bila dah buat dua tiga kali kompem akan ada peminat setia yang akan menagih kek anda nanti hahaa
Just to share the recipe, ni pon amek dari tenet jugak and tambah kurang sikit2...:)


Red Velvet Cheese Cake/Cup Cake

Bahan A
250gm tepung gandum                       1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus                    2 sudu makan serbuk koko
* ayak bersama

Bahan B
240ml susu cair                                  2 sudu teh cuka
2 sudu makan pewarna merah
* campurkan susu cair dan cuka. biarkan selama lebih kurang 10 minit kemudian campurkan pewarna merah

Bahan C
1 sudu teh soda bikarbonat                 2 sudu teh cuka
*dicampur dan biarkan seketika

Bahan D
150gm butter                                       100gm gula castor
200gm gula perang                               1 sudu teh esen vanilla
optional 2 sudu makan susu pekat
2 biji telur

Bahan E (topping)
200gm cream cheese                            100gm gula castor
100gm butter

Cara-Cara

Pukul Bahan D (kecuali telur) sampai kembang. Untuk susu pekat, ini saya tambahkan untuk me'moist'kan lagi kek tuh. Last time saya ada guna option pakai coklat masakan ganti serbuk koko so saya tak guna susu pekat. For those yang nak try boleh ganti serbuk koko dengan coklat masakan (4 sudu makan coklat masakan yang telah dicairkan). But then jangan masuk dalam bahan A tu, masuk dalam bahan D yer..:)
Ok sambung balik. Bila Bahan D dah kembang, masukkan telur satu persatu. Bila dah kembang sekata, masukkan bahan A yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit diselang selikan dengan Bahan B. Pukul lagi sampai adunan sekata, kemudian masukkan Bahan C. Pukul lagi sampai adunan benar sekata.
Bila dah rasa ok sekata and cantik warna dia, masukkan ke dalam loyang or cawan kertas yang disukai. Bakar dalam oven suhu 180 darjah selama 20-30 minit.
Untuk topping, pukul bahan E sampai kembang dan simpan dlm peti sejuk seketika sebelum hiaskan pada kek yang telah masak. Make sure kek sejuk dulu before letak topping untuk elakkan dia melt.
InsyaAllah kalu jadilaa kek yang kita masak tuh, maka bolehlaa wat kek-kek lain plak..
Sebab eksaited kek berjaya dilakukan, maka saya teruskan usaha carik2 resipi lain macam coklat moist dan sebagainya untuk meneruskan perjuangan buat kek nih hahahaha...nanti share lagi yerr
Selamat mencuba!!


Tuesday, March 15, 2011

Flat Feet

Assalamualaikum semua..
What a hectic week we had last week..First of all, al-Fatihah untuk arwah makcik suami saya. Pemergian yang agak mengejutkan..Takziah buat kazen2, semoga kalian semua tabah menghadapi dugaan dan cabaran ini. Semoga roh arwah makcik ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..
Saya sempat jugak melawat makcik masa dia dimasukkan ke hospital. Masa sampai di SJMC (SD healthcare skang), makcik sudah berada dlm CCU, so sempat tengok dari luar jek. Agak lama jugak di sana, sempat kazen saya belanja makan kat kedai mamak sebelah, kebetulan my birthday plak that day. Pagi esok kemudian dapat berita makcik sudah kembali ke Rahmatullah..Innalillah....terkejut jugak sebab malam before balik, makcik seem sudah stabil. Diorang pon cerita that early morning tu makcik nampak sihat, boleh bercakap and gurau2 macam biasa. Tapi sudah ketentuan, ajal maut di tangan tuhan. Sudah sampai seru makcik untuk menyambut panggilan Ilahi...
Masa dapat berita tu pon sebenarnya saya ada di KBMC, bawak Aqeef check mata. Punyalaa lasak mamat kecik tuh sampai jatuh and luka mata putih dia..Bengkak kat area mata tu pon boleh tahan, so agak risau jugaklaa..Nasib baik masa sampai tu, tak ramai lagi patient, takdelaa nak kena tunggu lama.
Check punya check, Alhamdulillah doktor kata takde pape..Cuma suruh monitor darah dekat mata putih dia jek..Pastikan in 2,3 days hilang, kalau tak kena datang check balik. Sementara tunggu doktor tulis prescription tuh, saya pon sembang2laa dengan doktor..alang2 bayar konsultansi kan hehehe
I told her about Aqeef yang jalan macam tak stabil. Asyik nak jatuh jek. Pastu body cam melengkung ~modemamaygsgtobses~ So doktor pon check laa..tengok cara dia jalan then doktor kata takde pape..tak melengkung pon , maybe bontot ar telebey sikit hahah sebab pakai pampers kot. But she do find out that Aqeef ada flat feet. Hmm..agak terkejut jugaklaa saya dengar even time tu tak tau apa tu flat feet. Perasaan yang sama saya rasa masa doktor cakap Aqeef G6PD dulu..belum tau apa benda dah melalak tak hengat hahaha
So doktor explain sikit what is flat feet. Biasanya budak2 memang ada flat feet, yang mana tapak kaki diorang rata, takde lengkung. Ni sebab lemak2 awal baby yang buatkan tapak dia rata ke tanah. So budak akan kurang stabil la sikit agaknya sebab takde lengkung tuh. Doktor cakap not so much worry sebab lengkung tu akan terbentuk dalam masa 2,3 tahun. But then if still flat bila dia sampai umur 2 tahun then we need to do something.
So at this moment, doktor suruh saya pakaikan kasut yang ala2 kasut sukan untuk Aqeef. Yang tapak dalam dia ada gelembung sikit bahagian sisi tapak kaki. Dia cakap ada jugak sock untuk budak2 flat feet ni, pakai hari2 even kat dalam umah. This also can help to build the arch of the feet sebab tapak kaki baby kan lembut lagi. By umur 2 tahun kalau still tak develop then we need to make a special shoes for him. Actually this shoe bukan apa pon, just nak make sure melekat kat kaki dia and also help him to stand proper. Kalau kita biarkan pon, takdelaa cacat kekal ke, tempang yang akan berlaku. Just bila dia makin membesar and put on weight, he will feel pain bila nak berdiri or berlari. And this will stop him from doing any sport, bukan tak boleh sport tapi sebab dia rasa sakit tu yang dia taknak sport.
Doktor cakap ramai parent yang anak ada masalah ni salah faham. Suh anak berhenti bersukan or tak boleh jalan jauh..nanti kaki jadi lagi teruk. Tapi for budak2 yang flat feet, actually no limit for them to do any activities. If no pain then they can do any sports. No harm for them as berlari ke, naik bukit ke, pakai kasut khas ke tidak menyebabkan flat feet tu bertambah baik atau bertambah buruk.
As for Aqeef, i will monitor first. Just let him do whatever he want to do. Next year bila dia 2 tahun then baru tengok. If susah sangat kasut nak lekat kat kaki dia, sampai menyusahkan and menyakitkan kaki dia untuk berjalan so terpaksalaa kitorang rujuk doktor balik..For now, nothing much to be worry..hopefully takde pape la kan...Yang penting, Jangan gemuk yer Aqeef nanti sakit nak berjalan heheheh...

Tuesday, February 22, 2011

Panggilan Manja Suami Isteri

Morning uolsss..:)
Macam biasalaa pagi2 datang opis saya akan ditemani oleh KE, SY ngan Krill..But this morning, ada ustazah Siti Nor Bahyah skali..derang jemput untuk jawab apa2 persoalan dari pendengar..
One of soalan yang agak saya suka nak dengar  is panggilan isteri terhadap suaminya..well, soalan tu tanya boleh ke kita panggil suami kita dengan nama dia..Jawab ustazah, panggilan isteri sepatutnya menunjukkan rasa hormat dan kasih sayang pada suami..jadi terpulang laaa kalau kita nak panggil suami kita dengan nama ke atau panggilan2 lain asalkan suami rasa diri dihormati..Dulu pon i pernah terbaca satu artikel which i forget kat mana pasal panggilan2 manja suami isteri nih..Artikel tu cakap, panggil laa gelaran apa pon terhadap suami kita asalkan maksud dia baik dan menimbulkan rasa senang kat suami kita.
Skarang ni banyak sangat panggilan yang ada, yang, ling, boo, bi, ucuk, anje hehehe..kata artikel tu, apa yang kita sebut kadang2 boleh jadi doa..so kalau dok panggil ucuk2(busuk), anje2(manja) jangan terkejut kalau suami kita jadi busuk dan manja nanti hahahaha..
As for me, panggilan untuk encik suami tak tentu..kadang2 panggil yang, kadang2 abang. Skang ni bila dah ada anak, baisa akan panggil abah sama macam Aqeef panggil hahaha..patut tak boleh, sebab dah jatuh sama pangkat saya dengan Aqeef tapi kadang2 tersasul..yang penting apa pun panggilan untuk suami, niat kita tuh..jangan mulut dok panggil Bi which is supposedly refer to baby or hubby tapi dalam hati refer tu other thing kan...
So oklaaa, sekadar note untuk hari ini..enjoice ur dayyyy


p/s:teringat pantun ustazah nak akhir discussion tadi, "ikan yu, bulan mac, thank you very much" hihihi

Friday, February 11, 2011

Spill The Milk

It's Friday, yeay!!
Just receive a news about my long2 tuition teacher..
Suddenly all the memories with her came in again…
She’s the one who makes us to like English. Everyday, besides the grammar thing, she teaches us to sing, and make us memorize all the song lyrics. Well I hate it actually coz the song is not easy  to remember as Twinkle, Twinkle Little Star song or London Bridge or Humpty Dumpy…It’s a carpenter song actually, Top Of The World..Since I was 8 at that time, remembering all those long lyrics not easy for me…Whoever cannot memorize it, will get a special gift from her but of course not a good one though. So every time there are classes at her house, I will try to skip. Sometimes I pretend got fever and stomach ache. But all those excuses cannot stand still. My mom will shout and pinch us if we skip the class. Because going to her class becomes compulsory, bit by bit I became to like her and also like English (and also like the cherry tree in front of her house haha). She makes English so fun for us.
So thanks to her, I like English so much at that time. Everyday I sing the song she ask us to memorize. And I love Carpenter till today..:)
She once told us about one good phrase, “Spill The Milk”. Our life is like a bottle of milk, she said. Once the bottle is full, it cannot be fill again. It will stay that way until you drink it and become empty again. But when it empty you need start to refill it again from the first drop. Sometimes, the you may mistakenly spill the milk in the bottle that make it half full..But don't regret or punish yourself as later you may refill it again. So do to our life. Don’t be afraid to make mistake. We learn from mistake we do, don’t care how many times we make mistake. You may spill the milk once or twice or maybe a few times. It still ok. You regret you spill it, but actually it is a chance for you to have choice to refill it again whether you want to fill it with the same milk, or fill it with other milk. Or maybe you want to fill it with other flavor of milk that will give you better taste. It's all about choices. But then you need to remember. Careful to refill it  and make choice of good thing, as when you fill it with bad thing, it may change all the milk taste. It may make all the milk sour and cannot be drink anymore. You can ruin all of your life with a little simple silly mistake.
But again, don’t worry..you may spill the milk again and make the bottle empty so you can refill it with a fresh milk. Start your new life as all the choices is at your hand..:)
So, happy fridays to all...esok cuti woohooooo
*mode miss those time panjat pokok ceri depan umah teacher*

Wednesday, February 09, 2011

Cuti-Cuti CNY

Nak story pasal long holiday CNY baru2 ni..It's a superb holiday indeed(besides the jem masa balik KL)..Cuti agak pack dengan aktiviti tambah plak tokma organised birthday party kazen Adrian dengan Aqeef skali on Friday..sangat2 best..plus travel to Kuala Terengganu tengok aunty Nahar tunang ngan uncle Kapla on the same day. A very cute couple..:)
Petang Rabu pegi amek Mok Yah kat Kolej Mara Banting and cam biasa kena pegi jemput sampai dalam bilik sebab dia saangat suka tido n tak angkat fon..apalagi, den pegilaa jemput sampai masuk hostel dia sambil bebel2..abes takut membe2 dia tengok...agaknya diorang dok ppikir kakak sape laa garang semacam, ketuk pintu sampai nak terbarai hahaha
Then Khamis pagi2 dah gerak balik..ikutkan takde la pagi bebenor..stuck kat mrr2 ke tol Gombak dalam sejam lebih. After toll barulaa jalan ok,ikutkan banyak kereta tapi still bleh gerak, takdelaa tersekat macam kat tol gombak.. Aqeef plak tak banyak ragam, Alhamdulillah..Sampai Besut around 7pm sebab banyak kali berhenti rehat and solat..
On Friday, pagi2 dok tolong Kak Ida tiup belon for the party then dalam kol 11 gerak ke KT. Sampai umah Nahar dlm kol 230 sebab abah singgah semayang jumaat..Tapi agak tak best sebab tak bleh stay lelama huhu, nak kena rush balik sebab birthday party start at 4pm..Tensen jek tengok membe2 nyer gambo pegi jenjalan after majlis tunang tuh uwaaa...
On Saturday plak , sangat eksaited nak bawak Aqeef pegi pantai (1st time anak nak pijak pasir la katakan)..tak sabar nak bagi dia lari2 atas pasir pantai..mama Aqeef punya eksaited, beli macam2 mainan untuk gi pantai..So kol 3, kitorang dah gerak gi Pantai Air Tawar..Orang punyalaa ramai..Memandangkan pegi awal sangat, cuaca pon panas lagi, kitorang pon terpaksa laa layan makan2 lepak2 dulu. Kat pantai ni ada satu kedai nasi air yang sangat best, Kedai Nasik Air Pok Awi namanya hahaha..Encik somi plak sibuk nak try air tapai yang diorang jual, so lama laa kitorang lepak2 makan kat situ. Elok2 pas lepak kitorang gerak ke pantai, tetiba la plak ramai orang kat sinun sampai takde space nak menyelit langsung..plus orang dok amek gamba kawen lagi huhu lagi laa diorang konker tempat, cessss!!..so sebab nak jugak bagi Aqeef main pasir(mama Aqeef yang terlebey eksaited sebenarnya hihi), kitorang pon berhijrah laa ke pantai Bukit Keluang..
Rupa2nya lagi ramai orang kat sini. Ada 6 pasang orang kawen amek gambo kitorang jumpa kat sini..lagilaaa sesak tapi sebab ada space nak menyelit, so kitorang lepak laa sekejap..
But then apa yang saaangatttt menyedihkan adalah, Aqeef takut ngan pasir pantai uwaaa..taknak pijak pasir lagsung, tak tau laa nape..tokpa kata dia geli agaknya..sob..sob...musnah harapan nak main bina2 istana ngan Aqeef, buang karan jek mama beli mainan cedok2 pasir bagai...asal letak dia suh jalan sendiri, dia melalak tahap gaban..macam kena pukul.."apadaaaa, darakk sunggoh" bak kata tokpa hahaha..tapi takpelaa, at least bleh layan tengok air laut..dapat pahala apa hehehe
Then Ahad pagi2 plak dah kemas2 nak gerak balik..Maka bermulalaa episod duka lara menghadapi jem yang maha terukk..kitorang drive dari Besut ke Batu Caves amek masa 13 jam lebih huhu..tu pon dok menyelit emergency lane ngan layan tidal flow..kalau tak mau makan 18 jam cam membe kitorang..Specially thanks to Encik Aqeef yang sangat2 baik and duduk diam2 dalam kete..sangat kagum dia tak buat hal this time, padahal kalau nak balik seremban pon dia dah wat perangai macam2 sebab bosan dok dalam kete..agaknya dia tak meragam sebab sangat eksaited tengok kete banyak2 berderet kot..thanks also sebab dia tak muntah or poopoo hehehe..
So camtulaaa holiday CNY kitorang..mama paling takbest sebab penat2 dok dalam kete lama2, isnin dah nak kena keje uwaaaaa......sabo je laaa

                                          *sandal Aqeef yg tertinggal umah tokma
                                                          sebab Abg Adrian sorok huhu


                                        *tq aunty Shasha..cedapppppp bangat..:)








                                  *hasil kutipan ride on...tq aunty2, tokma tokpa,
                                                 atok nenek, abah..next year bg lg yer


                                        *budak darakk takot pasirr huhu

Sunday, February 06, 2011

hepi mondays...

hepi monday uolssss..tapi takdelaa hepi sangat sebab penat still terasa. cam tak caya jek semalam tempuh jem sampai 13 jam huhu..tapi ada jugak hepi sebab arini datang opis langsung tak jem hahaha..sungguh sronok perasaan menempuh jalan sultan ismail yang cuma ada sebijik dua kereta..
so, hepi2 semua yaaa...slamat buat keje or berlakon buat keje macam saya, sebab tak ramai orang datang opis hari ni hahaha..*modecutistillon*

Wednesday, January 26, 2011

Hepi Burfday Aqeef Sayang...

Alhamdulillah..sedar tak sedar dah setahun dah anak mama..even tak selebret meriah2, tapi still ada birthday cake untuk Aqeef. Because of abah Aqeef still atas kapal, mama pon decide taknak buat birthday party untuk Aqeef..So bila Aqeef besar sok jangan ungkit2 plak yerr hehehe..
But still, ada laa makan2 kecik..so on 23rd January, mama invite atok ngan nenek, makteh, maklang, makcu, pakngah, aunty Ida, uncle Akmal, abang Ayen, aunty Jie, uncle Shihan, abang Aiez, abang Shapi, maklong Wanis, paklong Madi and kak Amni datang makan kat rumah. So kira meriah jugak laaa kan..thanks to aunty Ida sebab sponsor cake bufday Aqeef hihi save bajet mama..mama pon bleh asah skill masak nasik briyani..even baru2 nak try tapi jadi laa jugak. Bak kata uncle Madi, rasa macam nasik briyani terengganu hahah nampak sangat tak berapa nak jadi nasik briyani johor kann..anyway, 2 kali jugak laa masak and dalca satu periuk besar pon habiss..tak taulaa kalau smer orang tengah lapo n terpaksa makan..:)Tq jugak kat maklang(kalau dia tau ni kompem marah sebab suh Aqeef panggil aunty Dah hahah) sebab masakkan kue tiaw dia yang sedap tuh..
So, ada laa jugak celebration untuk Aqeef on his birthday..Mama still utang adiah sebab nak tunggu abah balik and beli sesama(padahal nak suh abah jek belikan, mama takdok pitih hahah). Tq jugak kat semua yang bagi adiah. Aqeef dapat collection 5 cycle on and also other toys pon ada jugak..bleh bukak kedai toys mama mcm ni..
Happy Bithday Aqeef sayang..moga jadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa..mama and abah love you so much..jangan nakal2 k...:)



Saturday, January 22, 2011

G6PD Deficiency...

Well, tgh masak2 nasi bubur untuk lunch Aqeef tetiba member call..Her sister in law just deliver a baby boy and doctor told her that the baby is G6PD deficiency. Because i pernah bercerita dekat dia about my baby boy pun ada G6PD Deficiency, so dia pon call nak share info.
Hmm..Aqeef is reported by doctor for G6PD deficiency. Masa memula doc bagitau agak2 meleleh la jugak air mata kan..maklumlaa, baru pas deliver pastu dapat khabar camtu plak..anak first plak tu, emosi memang terlebey sikit hahah..padahal masa tu tak pernah dengar pon pasal G6PD nih..then bila doc terangkan serba sikit baru laa tau..yang penting, agak lega sebab dengar this deficiency tak akan mengganggu pembesaran and aktiviti baby sampai la besar unless dia terdedah pada benda2 or makanan yang bleh menyebabkan berlakunya hemolytic anemia or ikut bahasa pasar, pecah darah merah, hemolisis.
G6PD deficiency berlaku bila body kita tak cukup enzim glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD) yang membantu darah merah (RBCs) berfungsi secara normal. So apabila darah merah kita musnah diserang something, this enzim takde untuk menolong pembentukan darah merah tu balik. Ini apa yang saya faham dari doc tu la kan(correct me if i'm wrong). So baby yang ada G6PD deficiency ni, needs precaution on most of medication, foods and environment. Some doctor said, foods is depend on the baby body. Even, ada yang tak boleh makan kicap or kena asap kenderaan langsung. Tapi yang pling penting, need to avoid kacang parang, aerosol nyamuk and ubat gegat. Most of baby or people who had G6PD Deficiency akan mengalami alahan bila terdedah pada bahan2 tersebut. Yang lain2 tu bolehlaa test kan huhu..But for me, because of my baby too small, tak berani nak test apa yang dia boleh makan and apa yang tak boleh makan. Yang penting saya memang nak kena ajar dia when he grow up, say no to kacang parang(fava beans)..But then, sekarang senang la cakap, bila dia besar2 nanti yang agak susah huhu..
G6PD Deficiecny ni takde simptom2 yang jelas. Just bila dia kena alahan to something, baby akan susah nak bernafas. Mata dia akan jadi kuning and air kencing jugak akan tukar jadi warna perang. At this level, kena cepat2 bawak pergi jumpa doc. Kalau dibiarkan akan membawa maut. So memang kena alert to this simptom.
Kalau nak diikutkan memang agak rumit nak control budak to avoid all the junk food. Time dia kecik2 bolehlaa but bila dah sekolah tu memang agak susah. Some of the info i got from intenet list down the food that my boy should avoid. Tak boleh makan apa2 yang ada menthol (include those breath mint, candy and even tooth paste), sulfites(which most of junk food ada huhu), artificial blue colouring, Vitamin K and ascorbic acids. Even bittergourd and kailan pon boleh jadi dia tak boleh makan huhu..Tapi macam i cakap tadilaa, sesetengah doc cakap, depends on the body.
Sometime terfikir susah jugak nak handle. saya taknak jadi mama yang sangat obses sampai kontrol tahap terlampau. Tapi kalau tak kontrol kang, salah makan bleh jadi hemolisis. Pegi rumah orang pon sama, takut jek tengok diorang suap Aqeef makan macam2. Nak tegur kang takut jadi kecik ati, mesti diorang cakap saya mama yang terlampau jaga anak, obses. Then, bila balik Besut, or travel jauh naik kereta, nak singgah mana2 toilet nak kena check dulu . Kot2 ada ubat gegat huhu..Kalau ada, terpaksa laa salin diaper dalam kereta..Agak rumit jugak laa actually. Kadang2 tokma pulak tersalah spray ubat nyamuk..dah jadi kelam kelibut saya kena bawak Aqeef lari jauh2 huhu..
But then bila terfikir balik, ada hikmah disebalik semua ni. this thing buatkan saya jadi orang yang lebih peka. Nak beli apa2 saya kena tengok label and ingredients. Even nak beli syampoo Aqeef or dia punya losyen pon sama. Kena tengok bahan2 chemical yang ada..Nak beli ubat pon tak boleh simply2 dari farmasi without doctor prescription. Bila dia masuk sekolah, what i can do is just bagitau cikgu dia about this. They will alert on that. Some school siap pakaikan tag kat anak kita. If apa2 jadi, doc akan tau. Ada juga skolah yang jenis bagi anak murid makan(tp kena bayarlaa kan) time waktu rehat. We may know the menu given to them. So takde laa nak risau dia beli makanan kat kantin ikut suka ati.
So for my friend's sis in law, jangan risau sangat. Your baby will be normal as other..he will grow up soo great and become soo smart as other(amin to Aqeef)..it just, he need a little bit more precautions and lots of our care than the other. Don't worry too much(saya pon cakap kat dii sendiri juga)..Enjoy your confinement period and be happy..:)
Owh, you may find all the list (mostly drugs to avoid) and also all the info about G6PD dari internet such as this and this..

Monday, January 17, 2011

Another trip to Saigon....

Alhamdulillah...opening trip utk year 2011 selamat and lancar..This is my fifth trip to Ho Chi Minh actually and 3 years in a row as a opening trip of the year..Except last2 year la sbb that time i keje kat Jakarta so not consider la time tu kan..
Mcm biasa laa, pegi this time bukan utk sight seeing tp just hang out and shopping. For me byk window shopping la kan sbb pegi tgh2 bulan sob..sob..xdok pitih wehhh..Kitorg pegi agak ramai, sebenar2nya me n my sister just join my mom punya group. So kira pegi dgn group makcik2 la kan huhu..Tp xde la rasa xbest pon sbb diorg mostly dh slalu sgt pegi sana..lg arif bab2 jalan and bab2 shopping..Diorg lg laaa dok lyn shopping smpai mostly lebih timbangan luggage..Ada yg lebih smpai 50kg huhu..
The main place yg kitorg tuju in Saigon is Pasar Ben Thant..The best place nk shopping brg2 harian..Lot of thing yg xterfikir nk beli akan terbeli mostly kain cotton, shirt and baju kurung..Jgn terkejut, kt cni sgt byk pilihan baju kurung and telekung sembahyang..And for those yg ada baby girl kompem2 akan terkujat sekejap tgk gown2 baby yg saangat la comel dan murah.
Most of the jurujual pon dh pandai ckp malay..shopping kt pasar ni pon dh xterasa shopping kt vietnam sbb mostly pembeli pon org melayu jugak..My mom lg laa, jumpa satu group dr Terengganu kt lobby hotel. Borak punya borak upa2nya dua pupu my dad haha..sabo je laaa..dh jd cam acara jejak kasih la plak kt sana..
Kt cni memula first time dtg few years ago terkejut jugak sbb tgk askar diorg naik motocycle yg ala2 tentera jepun kt Tanah Melayu dulu, yg ada penumpang kt sebelah tuu. Siap dgn topi bintang tiga bagai..Rasa cam nk lari jek tgk askar diorg kt jalan huhu..Tp jalan2 kt cni xde la rasa bahaya, mayb sbb tpt dia kurang crowded and besides, i was not walking far from my hotel. Maklumlaa hotel betul2 tepi tpt shopping hehe..just jalan kaki, xde laa kena tipu dgn encik teksi ke apa..Komunikasi pon agak susah kt cni sbb diorg xberapa tau ckp english..So klu ckp main pakai bahasa isyarat je laa..
Beside Ho Chi Minh, last time dtg,  i pnh gak stay at Vung Tau..sbb my brother ada kt ctu. That place sgt2 la cantik sbb tepi laut..nk pegi sana pon kena naik ferry around 2 hours from Ho Chi Minh..Kt cni most transport yg diorg pakai is motorcycle and basikal letrik. Yg paling best tgk diorg punya topi keledar, mcm2 gaya and mcm2 warna..ada yg sgt2 kecik ala2 topi, just tutup ubun2 kepala..mesti xde cop SIRIM ni hahaha..tp diorg mayb xkisah, selamat ke x..yg pting pakai huhu..
Even dh a few time pegi, still kitorg rasa nk pegi lg..maybe around March pegi lg kot huhu..tp nk kena kumpul fulus lg laa, kot x jd cam this trip..xckup fulus nk shopping besar uwaaaa..













Sunday, January 09, 2011

AJL..

Agak kecewa dgn result AJL smlm huhu..Lsung xmenepati ramalan diri sendr..Tp nk wat cmana, sy bukan juri hebat so mayb juri judge dr segi semua aspek but then i just judge tgk persembahan bagus n also artis yg diminati sahaja hehehe..
Nway, congrats to those yg menang..

Juara : Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali
Naib Juara : Drama King - Meet Uncle Hussain and Black
Ketiga : Noktah Cinta - Hafiz
Persembahan Terbaik : Hanyut - Faizal Tahir
Vokal Terbaik : Noktah Cinta - Hafiz

Actually lama dh xlyn AJL sebenarnya..sbb ketinggalan agaknya, so byk lawak2 pengacara yg saya xbape paham hihihi..Smlm pon tgk kt umah adik ipar kt Subang, sambil blajar wat cupcakes..blaja hias skali tp from internet..Bleh thn menjd gak laa cupcakes tu tp bab decorate byk xmenjd sbb cbuk dok komen AJL heheh..So moral of the story jgn wat keje sambil tgk tv (padahal mmg xde skill pon dlm bab decorate2 nih huhu)..







So, for those yg tgh keje tu enjoy your monday blues ok..Mine is not so blues today sbb cuti dh approve..yahooooo!!!jgn jeles yer...:)Happy working..

Thursday, January 06, 2011

Notes of the day...

I came across this story from one of my fren.
Dia xberapa puas hati dgn anak pompuan dia sbb slalu pecahkan brg. First i thought it just a common story
from a mother of 3 child. Lgpon, biasalaa, budak kan, bukan reti nk pegang brg ke apa..Then bila dia dok cter about second child dia yg sgt baik budi, pandai jg diri n etc..baru sy perasan, dia semacam ada pilih kasih sket..Slama ni pon dia dok cter psl ank no 2 ni jek..hmm ya laa, baru sy perasan huhu..then klu puji kan kemain laa..smer anak no 2 dia bleh buat, n everything is a verrry good thing. Puji mmg melangit laa xde ke laut lsung heheh..Klu cter psl anak lain, mcm ada jek masalah..As for me, this is kind of no good parenthing way kann?
For me laa..pilih kasih is one of thing yg menyebabkan startnya perasaan dengki or dendam antara siblings. Sgt2 no good huhu..Then startlaa rasa xdisayangi or jd anak terbuang. Then jdlaa mcm2 kes, lari dr umah laa..rempit laa, bohsia laaa..eh2 dh melalut xtentu pasal plak hahaha..
But the thing is, parent need to know..each of their children deserve the same and equally of love and careness..One of the reason that contribute to the best children is because of other children weakness.
Contohnya, back to my fren story..Anak second dia yg slalu kemas if anak pompuan dia pecahkan barang..Memula dulu slalu luka kaki tgn but because nk tlg mama dia xkisah laa..Lama2 si abang dh jd expert in kemas brg pecah. See?because of the baby girl sister laa si abang pandai kemas brg pecah, and gain a good talent in handling broken glass..Klau si adik xpecahkan brg, xkan mak dia kena sengaja2 pecahkan brg sbb nk ajar anak second dia kann?Because of weakness si adik, si abang jd pandai dlm satu2 hal..
But this is just from my opinion..Yg pting, say no to PILIH KASIH py sikap hahaha..xkira la to anak ke, family ke or even to budak2 kerja bwh u, klu u boss la kan...:)
As quote,

"As the builders say, the larger stones do not lie well without the lesser" ~Plato

xde yg kecik2 nih, xstabil yg besar2 tu...xde yg lemah2 ni xhebat yg bijak2 tuh...hehehe

P/S:xde kena mengena dgn hal yg di atas but i'm quite excited today..looking forward for the first trip of the year 2011 next week hehehe..

Tuesday, January 04, 2011

Trilogi Cinta

Uwaaaa....dh terobses dgn cter tv1(maklumlaa xdak astro kt umah nih kan huhu)..TRILOGI CINTA..
i just come to this drama masa tgk iklan last week. Memula xperasan bila iklan sebut cter ni adaptasi dr 3 novel Sharifah Abu Salem tp bila tgk 1st episode, jalan cter mcm pnah baca..
So tanpa membuang masa, trus laa mintak lg encik Google..Wallllaaaaaa...cter drama tu upanya adaptasi dr novel feberet time skolah2 doluuu(ye ker time skolah, xpon time matrik..yg pting zaman remaja2 gitu)
Ehemmm..sorry yer, time skolah2 dolu sy mmg peminat novel melayu hehehe..tu zmn dolu2 laa skarang xde dah nk baca novel heheh..Dulu siap kumpul duit beli novel Ahadiah Akashah, Sharifah Abu Salem, Norhayati Ibrahim, etc..Sanggup xmkn tu hahahah..membe2 pon sama, siap kena byr 20 sen klu nk pinjam sehari..adoiyaaa
So cut off the story, cter Trilogi Cinta ni about 3 novel dr Sharifah Abu Salem, klu xsilap tajuk dia, tak seindah mimpi, tak semanis impian and tiada lagi mimpi..jln cter best gak laa kan..
And becoz of the obsession, sy dgn lajunya tlh membeli smer buku cter tersebut kt karangkraf online ni haa huhuhu..sbb utamanya, xigt dah cmna ending cter tuh..mls nk tggu each siri drama tuh, lambat benor heheh..Tp watching the tv series remind me time skolah dulu2. Tiap kali baca novel mesti dok terbayang klu jd filem ke drama ke..siap gaduh2 ngan membe nk match kan watak buku ngan pelakon glemer time tu..Pastu dok terbayang betapa ensem and kayanya si watak hero and lawa giler ar watak si heroin..Tp tu laa, most of the book mmg camtu..hero mesti nk ensem,kaya giler then nama gile py hebat, pjg berjela2..hmm xkisahla kan coz sbb buku2 novel ni laa yg menceriakan idup zaman remaja kita dulu kann...
Skang one of the book dh jd drama..eventhough the actor bukan pilihan, bak kata adik ipar sy, hero tua..hero tua pon tua laaa, yg pting i still like the way Rosyam Nor berlakon...sgt slamber n match perfectly the watak given. He's the best laaa hahahaha, nway i'm not so obses about Rosyam Nor okeh..
So apa lg, for those yg xdak astro(bila laa nk msuk rumah den nih), bosan xde cter, tgk laa cter nih, Ahad-Selasa, 10pm at TV1 utk menceriakan hari anda yg bosan xde cter kat tv..huhu dh tlg promote tv1 dh ni ..:)

Sunday, January 02, 2011

Heppi New Year!!

Heppi New Year to all..May 2011 will bring more joy and happiness to us..
Sgt bersyukur juga sbb dpt selebret new year dgn encik somi (wlupon takat lepak lyn tv kt umah)..
Time is soo precious..hargailaah masa yg ada dgn sebaik2nya..mode insaf lpas dgr berita kematian x-husband siti nordiana..ajal xkira tua atau muda...
Apa pon, to those yg dpt replacement for saturday holiday, enjoy cuti 4 hari yerr..:)