Friday, February 09, 2018

Hello Again!! After 7 years......

Assalamualaikum..
Oh my, it's been 7 years blog ni kena tinggal. bukan takat berhabuk, bersawang berlalang bagai.
Life dah banyak berubah in 7 years, from 1 child now dah 3. And from big happy family of 5 now dah tinggal 4. Yes, my husband just passed away last year of August. Sudden lost for us. After few months of grieving, tetiba rasa macam nak menulis. Continue blog ni je la kot. Nak tulis untuk diri sendiri je dan juga untuk anak2. Biar besar2 nanti diorang boleh baca, jadi memori untuk diorang.
My youngest baru je 3 years old, banyak benda dia takkan ingat nanti for sure. So ni memang dedicated untuk budak2 ni. I will put all throwback, activities dan macam2 laa untuk jadi kenangan diorang nanti, terutama kenangan dengan abah diorang.
So, untuk anak2 mama, mama really hope all of you can be strong, terutamanya my girl Icha. Be strong, we will get through this together ok. Mama tau memang susah. Tapi Allah sayang abah and Allah sayang kita juga. Suatu hari, kita akan berkumpul balik dengan abah ok.
Mama love all of you, harta dunia akhirat mama. Amanah dari Allah untuk mama dan abah, now amanah abah untuk mama pulak. InshaAllah mama akan jaga anak2 mama, lindung anak2 mama macam abah jaga korang, walau apa pon rintangan. May Allah ease our pain and bless our journey, InshaAllah...

Monday, September 19, 2011

Ayam Penyet versi buat kat umah...

Salam...
nak kongsi my menu ujung minggu aritu..ayam penyet..:)Balik dari open house umah Intan, singgah Jusco beli terung, nak tambah lauk to my ayam penyet..Ayam dari malam tu dah perap, so tinggal nak goreng and buat sambal jek..malam tu makan beria haha sebab biasa makan kat kedai, this time makan kat umah and boleh ratah ayam sesuka ati..panggil my sister sekali datang umah, the more the merrier kan..nway, sangat happy jumpa membe kat U dulu, and sangat takjub tengok Hud yang terover slim padahal dah ada anak dua..sob..sob..pasni kena mintak tips dari dia camana nak jadi slim huhu..


Ayam Penyet with tauhu and tempe goreng - resepi amek dari tenet 






Bahan-bahan                                                 Sambal
1 ekor ayam, dipotong 4                      10 biji cili merah
2 biji tauhu dibelah serong                    10 biji cili padi
sekeping tempe dipotong kecil              3 ulas bawang putih
1/2 sudu besar jintan manis                  5 biji tomato sederhana besar
1/2 sudu besar jintan putih                   5cm belacan (atau guna 2 sudu udang kering)
3 sudu besar ketumbar                        2 sudu ikan bilis
1 sudu besar serbuk kari ayam              gula merah secukup rasa
1 sudu besar serbuk kunyit                   garam secukup rasa
1/2 sudu besar serbuk lada putih                 
3 ulas bawang putih                                    
1cm halia
1 sudu kecil garam
sedikit tepung beras


Cara-cara
Rebuskan ayam dengan 4 cawan air sehingga ayam separa masak. Toskan ayam dan biarkan sejuk. Air rebusan ayam jangan dibuang, boleh diambil untuk dibuat sup kosong. 
Goreng jintan manis, jintan putih dan ketumbar tanpa minyak hingga terbit sedikit aroma. Kemudian kisar bahan goreng tadi bersama serbuk kari, kunyit, halia, serbuk lada putih, garam dan bawang putih dengan sedikit air. Kisar sehingga semua bahan-bahan menjadi halus. Perapkan ayam yang telah ditos dan disejukkan tadi dengan bahan-bahan kisar tersebut selama satu malam. Perapkan juga tempe dan tauhu dengan bahan kisar sebelum digoreng. Setelah diperap, golekkan ayam, tauhu dan tempe ke atas tepung beras kemudian goreng di dalam minyak yang panas sehingga masak garing. Ayam yang telah digoreng diketuk/dipenyek sedikit menggunakan lesung batu sebelum dihidangkan.
Untuk sambal pula, goreng ikan bilis dengan sedikit minyak hingga garing. Kemudian goreng belacan/udang kering dan ketepikan. Potong bawang putih, cili merah, cili padi dan tomato kemudian goreng sehingga layu. 
Sejukkan kesemua bahan goreng tadi seketika kemudian dikisar kasar atau ditumbuk. Masukkan kembali bahan yang dikisar/ditumbuk tadi ke dalam periuk dan panaskan. Masukkan gula merah dan garam secukup rasa. Hidang ayam penyet, tauhu, tempe dan sambal dengan nasi panas beserta kuah sup kosong.


Untuk tambahan sayur2, saya buatkan terung goreng balado..Sangat best makan dengan ayam penyet..


Terung Goreng Balado






Bahan- bahan
3 biji terung kecil, dibelah dan dipotong dua
3 sudu besar udang kering, direndam dan ditumbuk 
3 ulas bawang merah, ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
3 sudu besar cili kering kisar
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara
Panaskan minyak dan goreng terung sehingga layu(atau kulit terung berubah warna) kemudian ketepikan dan susun didalam pinggan.
Untuk sambal terung, goreng cili kisar sehingga pecah minyak, kemudian masukkan kesemua bahan tumbuk dan tumis sehingga naik bau. Masukkan gula dan garam secukup rasa. tuangkan sambal ke atas terung dan hidangkan.

Thursday, April 21, 2011

Note For Today : Sila Alert Dgn Anak Anda!!!

morninggggg.....
lama tak hapdet blog nih...
sibuk dengan blog baru hehehe..so come visit our shop..
hmm..nak share satu pengalaman..semalam, bawak Aqeef pegi jalan2 kat Jusco Wangsa Maju @Alpha Angel..memandangkan baru redeem baucer jusco from maybank credit card, so semangat laa nak shopping barang2 dapur..Macam biasa, Aqeef letak kt stroller memandangkan abah dia dah naik kapal, so takde orang larat nak dukung dia lama2. My maid plak dok tolak troli barang.
Pas beli barang, lepak2 sekejap kat tengah2 hall jusco tu..biasa mmg camtu, kitorang just duduk and biarkan Aqeef jenjalan sendiri..bagi dia free ke mana2..
Pas mkn, trus balik. Aqeef plak bila letak kat stroller balik terus dia mengamok2..nak jalan sendiri..malu sebab orang dok tengok dia bertempik, so saya bg cadangan kat maid suh letak barang2 kat stroller dia and saya pegang Aqeef. So tak payah laa pakai troli, nanti sapa nk tolak plak..
So kitorang just amek escalator..stroller kena sengetkan bila naik escalator..naik tingkat atas dekat parking, my maid dah jerit2 bagitau ada barang jatuh kat escalator. So saya yang tengah dukung Aqeef ni sampai je kat atas terus letak Aqeef then tolong amek barang2 yang jatuh..
Sekejap je pon i letak Aqeef, sekelip mata bila pandang belakang tengok dia dah lari ke pintu keluar...saya jerit la panggil nama. Dia plak dengar saya jerit lagi laju dia lari ..Say pon lari la jugak nak kejar dia, tetiba tau2 dengar bunyi brek kereta then yang saya sempat buat is sentap tangan dia. Kerete tu terbabas ke tepi, Aqeef plak terjatuh sebab bahu dia kena langgar sikit.
Subhanallah...tak tau camana perasaan, yang saya tau gelap sekejap pandangan mata time tu..terkejut sangat..nasib sempat rentap tangan dia, takde laa dia terjatuh bawah tayar kerete tu..
Abang driver tu keluar and bebel2 pasal saya abaikan anak..biar lari sesuka hati..dia siap cakap, 'saya marah bukan pasal terbabas ke apa, saya tak kisah, bersyukur lagi sebab tak rempuh anak awak..yang saya nak marah sangat sebab sikap awak yang abaikan anak..budak kecik lagi nape awak boleh lepas sesuka hati?'
Sepatah pon saya tak menjawab..air mata bergenang jek..terkejut sungguh..tak tau laa camana perasaan kalau jadi pape kt Aqeef masa tu. Dahlaa depan mata saya sendiri, abah dia plak baru jek naik kapal..Syukur pada tuhan..
So semalam Aqeef pon tido mengigau la jugak, dia pon terkejut agaknya..bahu dia ada la calar2 sikit..pagi tadi saya tengok dia macam biasa, so fikir tak payah bawak dia check up...
Hmm..tak tau nak gambarkan camana perasaan..pasni saya decide nak beli baby harness..mungkin orang akan pandang serong tapi bagi saya tak apa laa..langkah pencegahan..bukan nak aniaya anak ke apa.
Peringatan laa buat ibu2 yang ada anak suka lari2 macam Aqeef..Alert laa dengan anak kita..pegang dia 24/7, jangan la lepas tangan dia..maybe ada yang cakap pengalaman saya lalui semalam tu biasa, tapi bagi saya sangat2 besar..tak sanggup lagi nak menghadapi saat2 macam tu dan merasai perasaan macam semalam..biarlaa lepas ni saya akan usaha untuk dukung dia kalau dekat kawasan parking or dekat jalan..
takpon suh maid saya ikut dia ke mana2 hahaha..obses ke saya nih??

Thursday, March 24, 2011

Cuppy Cake

Tetiba semenjak dua menjak nih eksaited nak baking. dengan semangat waja sanggup amek cuti sebab nak beli barang2 wat cake hehehe..
For sape2 yang ada niat or minat tapi tak reti macam den nih, jangan takut untuk mencuba hokeh hahaha..memang hasil agak kurang membanggakan memula tapi bila dah buat dua tiga kali kompem akan ada peminat setia yang akan menagih kek anda nanti hahaa
Just to share the recipe, ni pon amek dari tenet jugak and tambah kurang sikit2...:)


Red Velvet Cheese Cake/Cup Cake

Bahan A
250gm tepung gandum                       1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus                    2 sudu makan serbuk koko
* ayak bersama

Bahan B
240ml susu cair                                  2 sudu teh cuka
2 sudu makan pewarna merah
* campurkan susu cair dan cuka. biarkan selama lebih kurang 10 minit kemudian campurkan pewarna merah

Bahan C
1 sudu teh soda bikarbonat                 2 sudu teh cuka
*dicampur dan biarkan seketika

Bahan D
150gm butter                                       100gm gula castor
200gm gula perang                               1 sudu teh esen vanilla
optional 2 sudu makan susu pekat
2 biji telur

Bahan E (topping)
200gm cream cheese                            100gm gula castor
100gm butter

Cara-Cara

Pukul Bahan D (kecuali telur) sampai kembang. Untuk susu pekat, ini saya tambahkan untuk me'moist'kan lagi kek tuh. Last time saya ada guna option pakai coklat masakan ganti serbuk koko so saya tak guna susu pekat. For those yang nak try boleh ganti serbuk koko dengan coklat masakan (4 sudu makan coklat masakan yang telah dicairkan). But then jangan masuk dalam bahan A tu, masuk dalam bahan D yer..:)
Ok sambung balik. Bila Bahan D dah kembang, masukkan telur satu persatu. Bila dah kembang sekata, masukkan bahan A yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit diselang selikan dengan Bahan B. Pukul lagi sampai adunan sekata, kemudian masukkan Bahan C. Pukul lagi sampai adunan benar sekata.
Bila dah rasa ok sekata and cantik warna dia, masukkan ke dalam loyang or cawan kertas yang disukai. Bakar dalam oven suhu 180 darjah selama 20-30 minit.
Untuk topping, pukul bahan E sampai kembang dan simpan dlm peti sejuk seketika sebelum hiaskan pada kek yang telah masak. Make sure kek sejuk dulu before letak topping untuk elakkan dia melt.
InsyaAllah kalu jadilaa kek yang kita masak tuh, maka bolehlaa wat kek-kek lain plak..
Sebab eksaited kek berjaya dilakukan, maka saya teruskan usaha carik2 resipi lain macam coklat moist dan sebagainya untuk meneruskan perjuangan buat kek nih hahahaha...nanti share lagi yerr
Selamat mencuba!!


Tuesday, March 15, 2011

Flat Feet

Assalamualaikum semua..
What a hectic week we had last week..First of all, al-Fatihah untuk arwah makcik suami saya. Pemergian yang agak mengejutkan..Takziah buat kazen2, semoga kalian semua tabah menghadapi dugaan dan cabaran ini. Semoga roh arwah makcik ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..
Saya sempat jugak melawat makcik masa dia dimasukkan ke hospital. Masa sampai di SJMC (SD healthcare skang), makcik sudah berada dlm CCU, so sempat tengok dari luar jek. Agak lama jugak di sana, sempat kazen saya belanja makan kat kedai mamak sebelah, kebetulan my birthday plak that day. Pagi esok kemudian dapat berita makcik sudah kembali ke Rahmatullah..Innalillah....terkejut jugak sebab malam before balik, makcik seem sudah stabil. Diorang pon cerita that early morning tu makcik nampak sihat, boleh bercakap and gurau2 macam biasa. Tapi sudah ketentuan, ajal maut di tangan tuhan. Sudah sampai seru makcik untuk menyambut panggilan Ilahi...
Masa dapat berita tu pon sebenarnya saya ada di KBMC, bawak Aqeef check mata. Punyalaa lasak mamat kecik tuh sampai jatuh and luka mata putih dia..Bengkak kat area mata tu pon boleh tahan, so agak risau jugaklaa..Nasib baik masa sampai tu, tak ramai lagi patient, takdelaa nak kena tunggu lama.
Check punya check, Alhamdulillah doktor kata takde pape..Cuma suruh monitor darah dekat mata putih dia jek..Pastikan in 2,3 days hilang, kalau tak kena datang check balik. Sementara tunggu doktor tulis prescription tuh, saya pon sembang2laa dengan doktor..alang2 bayar konsultansi kan hehehe
I told her about Aqeef yang jalan macam tak stabil. Asyik nak jatuh jek. Pastu body cam melengkung ~modemamaygsgtobses~ So doktor pon check laa..tengok cara dia jalan then doktor kata takde pape..tak melengkung pon , maybe bontot ar telebey sikit hahah sebab pakai pampers kot. But she do find out that Aqeef ada flat feet. Hmm..agak terkejut jugaklaa saya dengar even time tu tak tau apa tu flat feet. Perasaan yang sama saya rasa masa doktor cakap Aqeef G6PD dulu..belum tau apa benda dah melalak tak hengat hahaha
So doktor explain sikit what is flat feet. Biasanya budak2 memang ada flat feet, yang mana tapak kaki diorang rata, takde lengkung. Ni sebab lemak2 awal baby yang buatkan tapak dia rata ke tanah. So budak akan kurang stabil la sikit agaknya sebab takde lengkung tuh. Doktor cakap not so much worry sebab lengkung tu akan terbentuk dalam masa 2,3 tahun. But then if still flat bila dia sampai umur 2 tahun then we need to do something.
So at this moment, doktor suruh saya pakaikan kasut yang ala2 kasut sukan untuk Aqeef. Yang tapak dalam dia ada gelembung sikit bahagian sisi tapak kaki. Dia cakap ada jugak sock untuk budak2 flat feet ni, pakai hari2 even kat dalam umah. This also can help to build the arch of the feet sebab tapak kaki baby kan lembut lagi. By umur 2 tahun kalau still tak develop then we need to make a special shoes for him. Actually this shoe bukan apa pon, just nak make sure melekat kat kaki dia and also help him to stand proper. Kalau kita biarkan pon, takdelaa cacat kekal ke, tempang yang akan berlaku. Just bila dia makin membesar and put on weight, he will feel pain bila nak berdiri or berlari. And this will stop him from doing any sport, bukan tak boleh sport tapi sebab dia rasa sakit tu yang dia taknak sport.
Doktor cakap ramai parent yang anak ada masalah ni salah faham. Suh anak berhenti bersukan or tak boleh jalan jauh..nanti kaki jadi lagi teruk. Tapi for budak2 yang flat feet, actually no limit for them to do any activities. If no pain then they can do any sports. No harm for them as berlari ke, naik bukit ke, pakai kasut khas ke tidak menyebabkan flat feet tu bertambah baik atau bertambah buruk.
As for Aqeef, i will monitor first. Just let him do whatever he want to do. Next year bila dia 2 tahun then baru tengok. If susah sangat kasut nak lekat kat kaki dia, sampai menyusahkan and menyakitkan kaki dia untuk berjalan so terpaksalaa kitorang rujuk doktor balik..For now, nothing much to be worry..hopefully takde pape la kan...Yang penting, Jangan gemuk yer Aqeef nanti sakit nak berjalan heheheh...