Tetiba semenjak dua menjak nih eksaited nak baking. dengan semangat waja sanggup amek cuti sebab nak beli barang2 wat cake hehehe..
For sape2 yang ada niat or minat tapi tak reti macam den nih, jangan takut untuk mencuba hokeh hahaha..memang hasil agak kurang membanggakan memula tapi bila dah buat dua tiga kali kompem akan ada peminat setia yang akan menagih kek anda nanti hahaa
Just to share the recipe, ni pon amek dari tenet jugak and tambah kurang sikit2...:)
Red Velvet Cheese Cake/Cup Cake
Bahan A
250gm tepung gandum 1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus 2 sudu makan serbuk koko
* ayak bersama
Bahan B
240ml susu cair 2 sudu teh cuka
2 sudu makan pewarna merah
* campurkan susu cair dan cuka. biarkan selama lebih kurang 10 minit kemudian campurkan pewarna merah
Bahan C
1 sudu teh soda bikarbonat 2 sudu teh cuka
*dicampur dan biarkan seketika
Bahan D
150gm butter 100gm gula castor
200gm gula perang 1 sudu teh esen vanilla
optional 2 sudu makan susu pekat
2 biji telur
Bahan E (topping)
200gm cream cheese 100gm gula castor
100gm butter
Cara-Cara
Pukul Bahan D (kecuali telur) sampai kembang. Untuk susu pekat, ini saya tambahkan untuk me'moist'kan lagi kek tuh. Last time saya ada guna option pakai coklat masakan ganti serbuk koko so saya tak guna susu pekat. For those yang nak try boleh ganti serbuk koko dengan coklat masakan (4 sudu makan coklat masakan yang telah dicairkan). But then jangan masuk dalam bahan A tu, masuk dalam bahan D yer..:)
Ok sambung balik. Bila Bahan D dah kembang, masukkan telur satu persatu. Bila dah kembang sekata, masukkan bahan A yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit diselang selikan dengan Bahan B. Pukul lagi sampai adunan sekata, kemudian masukkan Bahan C. Pukul lagi sampai adunan benar sekata.
Bila dah rasa ok sekata and cantik warna dia, masukkan ke dalam loyang or cawan kertas yang disukai. Bakar dalam oven suhu 180 darjah selama 20-30 minit.
Untuk topping, pukul bahan E sampai kembang dan simpan dlm peti sejuk seketika sebelum hiaskan pada kek yang telah masak. Make sure kek sejuk dulu before letak topping untuk elakkan dia melt.
InsyaAllah kalu jadilaa kek yang kita masak tuh, maka bolehlaa wat kek-kek lain plak..
Sebab eksaited kek berjaya dilakukan, maka saya teruskan usaha carik2 resipi lain macam coklat moist dan sebagainya untuk meneruskan perjuangan buat kek nih hahahaha...nanti share lagi yerr
Selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment